hye dudes and babes . i'm aina and this is my diary , i can write whatever i want okie ? dun forget to leave your comment or shout here ! thankx for visiting my online world , enjoy reading okie ? ^_^

Wednesday, August 17, 2011

nuzul quran :)

assalamualaikum .

bapa nak bagi ceramah kat anak pasal nuzul quran . dia kata macam ni ;


bapa : bulan ramadhan ialah bulan diturunkan al-quran dari ..

anak : (
dengan bangganya) LANGIT !

bapa : salah . dari almari .



yes !

aku yakin sangat2 korang pun buat macam tu jugak kan (termasuk aku , hahahaha :P)

time bulan laen , semua bajet busy . lepas solat terus buat itu buat ini .

bila masuk ramadhan , baru reti nak baca quran .

habis ramadhan ? habislah segala-galanya . hahaha .


"Bulan Ramadhan , yang diturunkan di dalamnya al-Quran , petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah ."

Al-Baqarah : 185


yes . al-Quran . petunjuk bagi manusia .

yes , petunjuk . peta .

hidup kita macam kita dalam perjalanan yang kita tak tahu mana destinasinya .

nak tahu destinasinya ? kenalah ada peta . petunjuk .

betul punya petunjuk , betullah destinasi yang kita nak tuju . iaitu syurga .

al-Quran , buku manual manusia . macam manual lampu .

nak pasang lampu , kena tengok manual . nanti salah pasang , meletup . hehehe .

begitu juga al-Quran untuk manusia .

tapi sekarang berapa ramai umat Islam yang mempraktikkan ajaran al-Quran ?

negara kita sendiri pun tak guna undang-undang atau hukum al-Quran .

nama je negara Islam . ehh silap . negara umat Islam .

oleh itu , bermula dari sekarang , cuba kita hayati dan amalkan ajaran al-Quran .

bukan sekadar baca . tapi fahami isi kandungannya .

sebab tu agak penting juga kita belajar bahasa Arab . boleh faham al-Quran . sikit pun takpe .

aku tulis ni pun , sebagai peringatan untuk diri aku juga .

normal kalau rasa susah . tapi yang penting , cuba .


Al-Quran ,
diturunkan di Arab ,
dikhatkan di Turki ,
dilaksanakan di Iran ,
dan ..
dipertandingkan di Malaysia :D



fuiyoo ! digital :D






selamat menyambut nuzul quran ---> penurunan al-Quran .


Tuesday, August 9, 2011

ustaz bajet popular

assalamualaikum .

dekat sekolah saya kan ,

ada ustaz tu kan ,

bajet popular !

"ehh ? sape sape ?"

mesti korang tertanya-tanya .

jeng jeng jeng ..




laa .. ustaz ni rupanya !

ehh ehh , jangan salah faham !

aku terjumpa fan page ni kat wall kawan baek aku . (malas nak sebut nama :P)

tak tahulah siapa buat page ni . sebab fan page kan .

yang pasti bukan cikgu bahasa arab aku tu ya . dia tak ada FB .

ustaz ni memang best . aku lagi faham bahasa arab bila time dia ajar .

dan dia pun kadang2 sengal juga .

nadia kata aku suka argue dengan ustaz . memang pun . hahaha .

mana taknya . dia tu suka sangat salah ejalah , salah sebutlah . hishh . geram aku . hahaha .

cuma aku nasihatkan , sesiapun yang jadi admin page ni ,

ambillah quote2 ustaz yang bermanfaat untuk dikongsi ya .

semalam baru ustaz bagi tip nak hilangkan ngantuk waktu pagi .

caranya ialah qailullah . iaitu tidur sebentar pada waktu tengah hari .

sebentar sahaja ehh . bukan sampai berjam-jam okey . hahaha .

ni antara sunnah nabi . bolehlah diamalkan ya :D

tapi apapun , Ustaz Ahmad NorZaimi the BEST ! (kembang hidung murni ismahani :D)






jawab soalan ni ---> how much is today ? :D


Monday, August 1, 2011

berdua denganMu , pasti lebih baik


assalamualaikum .

selamat berpuasa semua !

macam-macam quote yang aku terima sempena ramadhan ni . flight lah . universiti lah .

apa-apapun quote nya , semua membawa maksud yang sama .

ramadhan yang menjelang sekarang ,

ialah sebagai medan permulaan atau medan pembaikan

untuk melaksanakan amalan-amalan yang lebih baik .

bermula dengan kelaparan dan kehausan setengah hari ,

hingga ke solat tarawih , cuba meraih malam lailatul qadar ,

semoga amalan-amalan ini akan melatih kita menjadi insan bertaqwa ,

sesuai dengan firmanNya :

"Wahai orang-orang yang beriman , telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ."

-Al-Baqarah : 183-

so , perbanyakkanlah amalan sunat seperti

bertahajjud , membaca al-quran , bersedekah , dan lain-lain lagi .

(lagak macam ustazah je aku ni xP)

okey , selamat berpuasa dan selamat berpuasa puasa (bak kata razlan) dan selamat bersahur (bak kata saya) .. hahahahaha xP

p/s : ehh , jangan membazir beli makanan okey . nanti tak habis , siapa susah ?






terngiang-ngiang lagu raihan yang niat puasa tu . suka owh lagu tu :D



.Hasil Kerja Tangan Aina Syakira.