hye dudes and babes . i'm aina and this is my diary , i can write whatever i want okie ? dun forget to leave your comment or shout here ! thankx for visiting my online world , enjoy reading okie ? ^_^

Monday, May 30, 2011

drama bersiri juvana


assalamualaikum .

korang layan tak cerita ni setiap isnin ?

aku ni jenis tak tengok tv sangat sejak masuk form 3 ni .

tapi menyesallah pulak terlepas drama ni .

serius tak tahu drama ni sampai minggu lepas .

OST dye pun best . pendek cerita semua pasal cerita ni semua best . haha ! xD

korang boleh jenguk website ni untuk tengok sinopsis nya . ---> click here !

tak sabar nak tengok ending daim !

dye tak bersalah ! dye x bunuh mak dye ! maybe wktu tu dye juz nak cabut pisau tu je .

cehh melebih lak aku . macam aku makwe dye je . haha !

by the way , menyampah jugak dengan botak . fikir hebat sangat . xD

cerita ni real . memang ramai suka tengok .

malam ni balek tusyen terus nak bukak tv . naseb baek tusyen sampai pukul 9 . xD

juvana best =D . rugi tak tengok !





ya saya tahu , awak pun suka tengok drama juvana juga :)


Saturday, May 28, 2011

kawan baru + kehairanan baru

assalamualaikum .

semalam baru sambut hari guru kat sekolah .

ustaz ahmad noor zaimi dapat anugerah 'guru kacak bergaya' !

patut dapat anugerah 'guru kaki kelentong' . haha ! xD

ustazah kalsum , guru kelas dapat guru paling penyayang :)

*

hari ni , kelas tambahan . ada seminar kat dewan .

duduk dengan emy and sofia , kawan baru . anak sedara cikgu azazlina .

dye okey jer . tak gedik . :)

*

semakin lama kita rapat , ada sesuatu yang menghairankan saya .

kehairanan yang tak mungkin terluah .

mungkin sangkaan semata-mata . harapnya itu tidak berlaku .

harap sangkaan hanya tinggal sangkaan .

*

cemburunya kat akak amy noreffaziera dengan zaki !

due2 tengah bahagia ye nampak .

haihh . tengok . kawan2 aku sumenye tengah mengalami fasa bertaman .

aku ? fasa perang jela yang layak dalam hidup aku sekarang ni .

by the way , be happy ya kak amy and zaki ! :)




misi bermula , nur emy helwina !


Thursday, May 26, 2011

al-akhir .. ehh tak sudah lagi rupanya !

assalamualaikum .

tepat jam 1.05 minit tengah hari tadi ,

maka tamatlah peperiksaan pertengahan tahun .

tapi .. opps !

saya dapat 78% dalam kh . so ?

so , oleh kerana saya dapat B , kena ulang balek !!!!!

penat lah ulang2 ni . banyak tajuk lak tuh . haihh .

benci betul kena repeat paper . ganbate aina !

*

rancangan waktu cuti ?

1) check jawapan sejarah !

2) nak praktis adobe photoshop dan illustrator

3) teringin nak balek perak , tapi tak kot

4) balek seremban sebentar

5) nanti2 jela fikir . haha ! xD

*

aku tak tahu kenapa . kita baru 2 hari chatting tapi aku selesa ceritakan semuanya kat kau .

aku benar2 selesa . sama macam aku cerita kat emy , atikah dan zaki .

tapi kelakar la . kau tak faham satu apa pun aku merepek . haha !

okay . enough aina . 2 hari saja ya . lepas tu tegur dia kat sekolah sekali .

the end . fullstop . al-akhir .





maaf mengganggu . aku muncul sekejap saja okey ? terima kasih sebab sudi melayan !


Saturday, May 21, 2011

copygirl


assalamualaikum .

farah jasmeen : apa bai (baizura) kata ?

aina : riket .

farah jasmeen : apa dia ?

aina : ri - ket !

farah jasmeen : tak dengar ! cakap kat haziq .

aku pun beralih mata kat haziq hazwan .

aina : riket la .

haziq hazwan : haa ? cricket ?

aina : masya ALLAH , riket !

haziq hazwan : tak dengarlah .

pekak lah anak hishamuddin ni . duduk sebelah aku tapi satu hapak pun tak dengar .

aina : R - I - K - E - T !

haziq hazwan : apa dia ? tak dengar !

malas dah aku nak bercakap dengan dia .

fariq kat belakang dah bising kata kitaorang meniru .

kacau lah anak sururi ni . tido jela . tak yah nak bising2 .

lama sikit ,

haziq hazwan : aina , riket eh ?

aina : yes !

haziq hazwan : o0o0o0o .. farah ! (sambil pandang belakang) riket !

farah jasmeen : okay , thanks aina . tapi .. apa puncanya ?

hadoii . ingat dah settle dah masalah . rupa2nya ada yang tak selesai .

tak suka betul soalan tu . science paper 2 .

ada gambar budak laki kecik pakai seluar . dah la tu . angkat seluar dye nak tunjuk kaki dye yang 'cantik' tu .

pastu tanya apa penyakit dye .

wait wait wait !

aku , haziq dan farah duduk depan cikgu .

macam mana boleh berdialog bisik2 macam kat atas ?

jawapannya ..

..

"aina syakirah !"

waktu kh waktu tu . tapi periksa science paper 2 .

aku pandang suara yang panggil aku tu . aina malik .

"ya ?"

"dah pukul berapa dah ni . (sambil tunjuk jam) . gi la cari cikgu . siapa nak kutip kertas ?"

masya ALLAH . aku formen ! yes ! aku formen . aku la kena cari cikgu .

tapi aku langsung tak sedar yang kelas kitaorang tak ada cikgu selama 20 MINIT !

baguslah tu . berlakulah aksi bisik membisik . *bisik apa ya ? haha !*

okay . turun ke bilik guru . jumpa ustazah kalsum , guru kelas . ceritalah apa yang berlaku .

terkejut ustazah . kitaorang masuk bilik guru .

cikgu adilah , GKMP sains and maths suruh cerita apa yang berlaku .

aku kata lah ,

"tadi ade cikgu laki masuk lepas ustaz ahmad noor zaimi . tapi dye keluar pukul 12."

KH ada 3 masa tapi cikgu tak masuk . cikgu relief yang masuk .

masa pertama , ustaz zaimi . dye merapu konon itu keluarlah ini keluarlah .

padahal tak keluar pun . siakap senohong je ustaz ni .

then cikgu laki baru masuk . cekgu pelatih kot .

sepatutnya dia masuk untuk 2 masa . tapi tak tahu lah kenapa dia keluar pukul 12 tak balik2 .

kecoh satu bilik guru . macam aku ni bawa khabar ape je .

cikgu adilah tadi tu ganti . kutip kertas .

3 KAA 2011 , periksa science paper 2 kita terbaek wokk ! xD





awak meniru ? tak mustahil kan . haha ! xD


Thursday, May 19, 2011

examination


assalamualaikum .

yes ! siri examination diteruskan lagi minggu ini .

di mana bahasa melayu kertas 2 saya di bahagian C agak teruk lah juga .

pendidikan islam lagi best . apa yang aku baca , tak keluar . apa yang aku tak baca , keluar .

maths paper 2 ? alhamdulillah . boleh tahanlah . algebraic tu pening sikit .

english paper 2 ? lupa tulis tarikh kat laporan . haha ! bagus . yang laen ok je .

bahasa melayu kertas 1 sungguh hampeh xD .

bahasa arab ? boleh tahan , boleh tahan .

esok , KKQ dengan sains kertas 2 . doakan saya okey !





semoga awak okey sahaja menghadapi peperiksaan , si comelku :)


Sunday, May 15, 2011

dream


assalamualaikum .

pernah bermimpi ?

sah2 la pernah kan . tak namanya manusia kalau tak mimpi .

yes . saya pernah mimpi . macam2 .

yang buat saya tertanya2 pun ada . mengarut2 pun ada .

tengah belajar termimpi pun ada ! (kantoi tido dalam kelas)

tapi apa tu mimpi sebenarnya ?

mimpi adalah komunikasi antara tubuh , fikiran dan jiwa kita .

yes . saya tiru bulat2 ayat atas tu dalam website ni ---> here !

mimpi para nabi , rasul dan salafussoleh tu benar-benar belaka .

sebab nya , mimpi adalah salah satu petunjuk yang ALLAH ingin sampaikan kepada mereka .

contohnya nabi ibrahim .

dia mendapat perintah ALLAH untuk menyembelih nabi ismail melalui mimpi , kan ?

itulah asal usul hari raya aidiladha .

ada juga mimpi mainan syaitan .

yang mengarut2 gi terbang la jadi superhero tu mesti mainan syaitan lah tu .

jangan beranganlah nak jadi kenyataan .

tapi kadang2 ada jugak mimpi yang ada maksud .

banyaaaaaakk website yang memuatkan mimpi beserta maksudnya .

klik je kat google . type tafsir mimpi . mesti banyaaakk punyaa .

tapi tak semuanya betullah . ada yang boleh percaya , ada yang tak boleh .

kadang2 ada certain orang mimpi benda yang meninggalkan misteri berulang kali .

biasanya kena rujuk doktor atau ustaz untuk maklumat lanjut .

tapi jarang juga kita ingat apa yang kita mimpi .

mula2 jaga dari tidur , macam ingat . lama2 lupa .

sebab faktanya , bangun 5 minit drpd tidur , kita lupa 50% mimpi .

10 minit bangun drpd tidur , kita lupa 90% drpdnya . hehe .

ada pendapat tentang mimpi ? share kat comment atau shoutbox okay ! :)






pernah mimpi anda 3 hari berturut-turut . apakah ada maksud di sebaliknya ?


Saturday, May 14, 2011

setahun dah berlalu

assalamualaikum .

----------------------

13 mei 2010

tarikh ni , pukul 4 petang .

macam biasa lepas solat , aku pun rehat kat kantin .

beli nasi lemak + air milo . sedap tuu !

lepas beli air milo , aku jalan lambat2 . ingat nak tunggu najiah dan farah tak habes beli lagi .

aku pun terpacak depan satu meja + bangku .

tengok atas bangku tu duduk lah due orang makhluk ALLAH berbangsa lelaki ni

asyek gelak je dari tadi .

tapi antara due orang yang tengah gelak tu ,

aku lagi suka tengok orang yang tengah gelak sambil bercerita .

entah kenapa aku tertarik nak tengok tag nama dia .

tapi kelabu . kena clorox kot . puas mata aku yang rabun ni nak baca nama dia .

aku baca je nama dia , terus hati aku cakap camni ..

"laa .. dye ke orangnya ?"

dan terus hati aku jatuh sakit suka :)


*

13 mei 2011

hari ni aku ke kantin macam biasa . tiada apa yang istimewa .

cuma aku dapat berdiri sesaat di sebelah kau .

kau marahkan aku . aku tahu .

kau dah berpunya . aku tahu .

cuma satu je perkara yang aku tak tahu dan tak nak tahu .

cara untuk melupakan kau .

----------------------

periksa ?

haiyaa . teruk maa .

tak lah teruk sangat . yang teruk tu Kemahiran Hidup .

aku pun tak tahu sebab apa .

tak minat owh elektrik elektronik ni .

tensyen aku menjawab soalan .

tapi time sej , best betul !

soalan nye susah . tapi alhamdulillah dapat jawab sebab dah baca .

terang hati aku menjawab sejarah ni . haha .

sejarah aku takkan jadi peronda sekolah .

tapi aku rasa KH aku kena buat show . teruk sangat kertas aku tu .

----------------------




thank you muhammad razlan ghazali for this present . i love chocolate <3





saya sedar siapa diri saya , the H letter boy :)


Tuesday, May 10, 2011

saya okey saja

assalamualaikum .

birthday tahun ni , boleh tahan laa .

cuma semalam tusyen dibatalkan , tak dapat la nak kutip ucapan . hishh !

takpe . malam ni aku paksa suruh diorg wish aku jugak . even belated . saya tak peduli !

*

ohh anak daud iaitu muhammad aizat :)

macam mana la hang boleh lupa semalam bufday cheq :)

untung hang hantar mesej kat FB . lega cheq .

hang memang kawan terbaek cheq !

takpelah tak dapat bagi hadiah pun .

hadiah tahun lepas , hadiah terbaek !

*

thanks to all who wish me :)

walaupun aku dah ingatkan kau ,

tapi ternyata kau tak bagi ucapan kat aku pun .

yes . kita tengah gaduh .

tapi apa salahnya ucap selamat hari lahir kat aku .

*

ahmad najmie bin khairul emran !

seronok ye tengok gelagat aku yang terlebih excited nak suruh orang wish bufday aku .

then kau pun ajuk cakap aku dengan gaya pondan .

"bufday aku ! bufday aku !"

haihh , entah macam mana boleh buat aksi lari berkejaran kat depan tangga .

semua gelak . termasuk kawan baek kau yang pendiam tu .

emy kata , kenangan .

tapi aku memang tak suka ya !!!

xD .






mahu mencampakkan seseorang keluar dari galaksi milky way ni . boleh tolong tak , emy ?


Monday, May 9, 2011

happy birthday to me !

assalamualaikum .

cepat cepat wish saya ! masih banyaaaaaaaakk lagi masa ! hehe !

hari ni saya terlebih excited .

ramai juga yang wish saya !

antaranya ..

MUHAMMAD ISTIGHFAR AKBAR BIN OSMAN
happy birthday .. semoga panjang umur , dimurahkan rezeki , dirahmati , dilindungi , diberkati , disayangi , tidak dibenci (nazri yang tambah) , di rumah , di sekolah ..

MUHAMMAD SYAFIQ BIN ROZI AZWARDI
syafiq : happy birthday aina !
aina : terima kasih !
syafiq : rumah kau katne ?
aina : pelangi .
syafiq : aku tau la pelangi . tapi katne ?
aina : 3/9 . kenapa ?
syafiq : o0o0o .. mana la tau wat party ke ..

MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN RAHMAT
happy birthday aina ! nah ni hadiah kau !
(sambil pegang kasut sebelah najiah)
kesian najiah xde kasut sebelah ! xD



thank you amin azhar ~



thank you haziqah yahya ~



thank you nur najiah azli ~





saya nak awak wish , please ! buat terakhir kalinya saya nak dengar suara awak :)


Sunday, May 8, 2011

kisah kita bertiga

assalamualaikum .

maaf lah . sepatutnya awak dah bahagia dari dulu .

tapi saya sama sekali tak sedar yang saya rampas dia .

dia yang saya gunakan semata2 nak lupakan kenangan lama saya .

kalau saya tahu awak memerlukan dia lebih dari saya ,

saya tak akan rapat dengan dia .

tapi tak apalah . semua dah berakhir .

cuma saya tak sangka dia sanggup buat begitu semata-mata demi awak .

saya harap awak dan dia bahagia selamanya .

meneruskan kenangan coklat awak dan dia dahulu . haha .

jangan salah faham !

saya bukan nak ungkit masa lalu saya tu .

cuma .. saya jeles !

bukan2 ! bukan jeles dia sekarang dah bersama awak !

tapi ..

orang2 yang rapat di sekeliling saya semuanya bahagia bersama yang tersayang .

kawan baik saya , kawan2 saya , termasuk awak dan dia pun kawan saya .

tapi saya ?

setiap kali impian saya hampir tercapai , di situ lah mulanya halangan .

halangan yang tak mungkin akan tertembus .

awak dan dia , semoga bahagia . dan doakan saya bahagia juga :D





walaupun sekelas , kita tetap harmoni . kan ? HAHA .


Saturday, May 7, 2011

wahh ! wahh ! wahh !



assalamualaikum .
tengoktengoktengok !
sweet betul kita punya kawan ni :)
maen suap2 ya . suap mi kari saja . haha !
hari ini ialah HARI SEKOLAH a.k.a HARI KEUSAHAWANAN .
wahh ! best tuu ! boleh beli makanan byak2 ! boleh jalan2 ! *kat skola je xD
tup tup kul 1030 ,
emy dengan farah kena bertugas di gerai masing2 .
so lepak lah dengan ainaa , najiah serta razlan .
tahun ni , hari keusahawanan ade pembaikan .
ada aiskrim , ade cabutan bertuah , dan macam2 gerai ade n' bertambah inovasi !
siap ade cheezy chicken makaroni . itu lah sarapan aku :D .
cekgu jasemah wat air cocktail . sedap !
laen dari yang laen kan . bagus betul sekolah ni . bru 2nd time buat da maken gempak .
cumee ..
boleh tak tahun depan sekolah kita buat rumah hantu ?
mesti lagi gempak ! wahh !
da 3 tahun tak masuk rumah hantu . rindu pulak nak masuk . haha !
okayy , sekian saja nota saya . SEKIAN TERIMA KASIH .





elok2 aku baek dengan kau even kau dingin dengan aku . so , jangan buat aku HILANG SABAR .


Friday, May 6, 2011

terima kasih !

assalamualaikum .

yes ! hari ni aku dpt title 'opera girl' .

so , kau kesah kenapa ?

nak dapat title opera macam aku jugak ke ?

buatlah . biar orang tutup telinga dengar kau buat opera .

lagi bagus !

time aku buat opera , takde sape tutup telinga . :)

thanks to Baihaqi ! aku suka kau tepuk untuk aku :) .

Najiah and Farah Hafizatul , thanks for khusyuk tengok aku :)

Emy , penyokong dalaman . terima kasih ! :D

abang Hadi dan abang Hakim , persembahan korang pun bagus juga !

sorry Fatin Atiqah . jawab pujian kau macam tak ikhlas .

aku dah naek bengang je dgn orang yang make fun of me .

terutamanya budak kelas .. malas nak sebut lah kelas ape .

ramai lagi yang puji aku yang ikhlas . haha ! perasan je .

ni semua sebab cekgu rozeta . hehe :D

abg Hadi , stop fikir negatif okay ? persembahan korang fine , best :)

btw , happy birthday ya abg Hadi ! may ALLAH bless you .




suara saya macam La Carlotta kan ? HAHA !


Tuesday, May 3, 2011

dia , warna hidupku !


assalamualaikum .

ya , awak warna hidup saya !

terima kasih ya ! :)

ehh2 , bukan tu je saya nak cerita .

saya nak cerita implikasi warna dalam kehidupan seharian kita .

sebab tu ALLAH cipta dunia dengan warna . sebagai variasi . makin berseri .

tapi setiap warna punya lambang tersendiri .

anda suka warna apa ?

saya suka warna biru ! :)

biru ? mengapa biru ?

sebab biru membuatkan saya tenang . biru lambang ketenangan .

ehh ehh . bukan tu je tafsiran warna biru .

warna boleh mempengaruhi personaliti seseorang .

orang kata , orang yang suka warna biru ialah orang yang ?

  • sensitif (ohh sikit2 la)
  • beretika (out of list !)
  • romantik (eee . yucks !)
  • suka menolong (ade la jugak)
  • mudah berkorban (iye ke ? macam tak je !)
  • bekerjasama (boleh lah)
  • membawa kesembuhan (tak faham ?)
nak lagi ? heheh . warna bukan satu . warna ade banyaaaaaakk lagi .

KUNING
ceria , tahan lasak , suka berkawan , popular , suka enjoy !
(bukankah kuning lambang diraja ?)

HIJAU
tenang , pemurah , berperikemanusiaan , kreatif , ambil berat , banyak idea , penyayang
(pencinta alam sekitar semestinya prefer warna ni dalam list no 1 !)

COKLAT
matang , sihat , berdikari , tenang
(adakah bertepatan dengan ayah saya ? hehehe !)

MERAH
kemegahan , pantas , kurang sabar , bersemangat
(merah lambang panas ! huhh , hot , hot !)

HITAM
ego , berkeyakinan diri , mudah hiba , iltizam yang tinggi , komited , serius , tak pandai berlawak
(hitam ade kebaikannya tersendiri . tak semestinya hitam tu kelam . it's stylish okay ?)

PUTIH
optimistik , suci , kedamaian , tak suka bergaduh , kurang kreatif , kadang2 membosankan , bersangka baik
(selalunya orang yang suka warna putih , mesti dia cool kan . haha !)

PERAK/EMAS
kejayaan , positif , ceria , gigih
(wahh , lambang kekayaan !)

sumber : petua menjadi ceria tulisan dato dr . mohd . fadilah kamsah

jadi , adakah warna kegemaran anda sesuai dengan personaliti anda ?

apapun warna yang anda sukai ,

pastinya ia menambah keceriaan dalam hidup anda !

mahu lebih lanjut lagi ? boleh klik di sini ---> click here !

ya ya saya tahu blog saya hitam . hehe ! kelam rite !

saya cadang nak tukar warna lain . tapi tunggu cuti lah .

bulan ni periksa tengah tahun . tak sesuai okey .

okayy . cukup sampai tu je . laen masa sharing benda laen lagi . :)





anda warna hidup saya ! sayang anda semua ! :)


Monday, May 2, 2011

sorry :)

assalamualaikum .

sorry ye kawan .

saya terlampau angin .

sebab saya terlampau sedih .

sedih mengenangkan friendship korang lebur macam tu je .

saya dah pernah laluinya . sakit . sangat sakit .

kalau boleh , saya tak nak kawan2 saya yang lain merasakan yang sama macam saya .

tapi awak dah terasa . nak wat camne . saya kena terima kenyataan .

tambah2 kawan awak tu antara yang rapat dalam hati saya .

tapi sekarang tak tahulah macam mana . jangan tanya okeyy .

cemburu tengok awak dgn S letter girl . bukan2 ! bukan cemburu tu !

cemburu sebab awak dah ada pasangan hati yang lawa gituu . haha !

bukan awak seorang . kawan2 saya yang laen .

semuanya tgh mengalami zaman nak masuk kegemilangan .

saya ? zaman kejatuhan terbenam ! ohh !

takpe , tahun ni nak PMR . belum masanya saya fikirkan semua tu .

tapi kadang2 nak juga fikir . haha !

daripada fikir folio yg boleh buat saya gile tu . daripada fikir keje skola menggunung tu .

baek fikirkan benda laen kan . haha !

awak kawan baek saya . 6 bulan dulu , kini , dan selamanya .

opps ! jangan lupa ! hadiah hari lahir saya ! hahahahaha .

ni dah 2 mei tau . tepat lagi seminggu !

*perhatian : ingatan pada semua ya ! bukan pada awak seorang je !

okay2 . cukup saya merapu .

semoga bergembira dengan S letter girl .

tapi jangan lupa saya lagi . tata !





teruja seminggu lagi ! :)



.Hasil Kerja Tangan Aina Syakira.