hye dudes and babes . i'm aina and this is my diary , i can write whatever i want okie ? dun forget to leave your comment or shout here ! thankx for visiting my online world , enjoy reading okie ? ^_^

Sunday, June 26, 2011

komeng oh komeng

assalamualaikum .

setelah searching serata Facebook ,

jumpalah fb si komeng ni .

cara dia tu macam minat hardcore je .

tapi dia peramah jugak .

see , bawah ni . klik kat gambar ini untuk tumbesaran yang lebih besar xD




see . badan besar , malu pun besar . haha ! xP

komeng oh komeng .

eh2 . wait . kau tanya apa tadi ?

ohh . kau tanya siapa komeng tu kan ?

ni komeng .



ain anak mak ! hehe ~

thanks layan aku tadi even kejap . i know you busy . budak U kan . :)






apa khabar komeng lepas duduk kat hospital ya ? huhu . (masuk drama juvana tu pulak)


Saturday, June 25, 2011

injection !


assalamualaikum .

itu jarum suntik . so ?

nak ceritanya , semalam kulit saya ditembusi oleh jarum ni .

aww ! tak sakit pun . serius . tak sakit .

cikgu rosma cubit lagi sakit dari injection tu .

injection untuk apa ? untuk pencegahan kancing gigi .

aku 1st girl 3 KAA yang kena suntik . hishh . cuak gile .

aku duduk atas kerusi . dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim .."

aww ! dicucuk . ekk elehh . ingatkan sakit sangat .

pastu yang peliknya , aku tak lah teruk sangat effect vaksin tu .

yang laen kata , tangan diaorang lenguh lah , sakit lah , sampai demam pun ader .

tengok aku . steady je . haha !

jaga diri dan kesihatan ya kawan2 ! :)





nasib baek batch aku selamat dari suntikan kanser serviks xP


Monday, June 20, 2011

apa salahku , apa salah diriku


assalamualaikum .

minggu lepas ayah saya ke kota bharu . ade perasmian pemberian bantuan apa entah .

anjuran YaPEIM laa :)

dalam kebanyakan penerima bantuan tu , ada seorang yang mengidap penyakit AIDS .

tahu apa itu AIDS ? tidak perlu saya terangkan .

dipendekkan cerita , dia dapat AIDS sebab ayah dia hisap dadah . mak dia yang dapat then turun kat dia .

kasihan kan . dia tak salah apa2 pun . tapi dia kena tanggung semua .

tapi ayah aku kata , muka dia ceria .

langsung tak terjangka muka seceria dia mengidap penyakit tu .

then , sebabkan penyakit tu , masyarakat tak dapat terima dia .

termasuk datuk nenek dia . termasuk saudara-mara dia . termasuk jiran2 dia .

sebab kenapa ?

yes . korang mungkin kata . susah untuk dia dapat tempat sebab dia AIDS .

takut berjangkit . takut virus kena kat korang .

but actually , it's not what you think of it .

tu lah persepsi dan mentaliti masyarakat malaysia yang kukuh tentang AIDS .

tak boleh salam lah , tak boleh peluk lah , tak boleh pegang lah .

nanti takut jangkit . dan bukan sebarang takut . tapi takut yang teramat sangat .

termasuk ayah aku pun takut juga . haha :D

tapi semuanya berubah setelah jumpa budak tu .

actually tak ada apa-apa pun . dia bersin or batuk , tak effect pun .

dia sentuh , peluk kita , tak effect pun .

apatah lagi sekadar nak bercakap macam biasa .

cuma kalau luka kita bersentuhan dengan dia , baru berjangkit .

tapi masyarakat kita ni dah salah faham tentang tu .

mereka tak salah . mereka tak ada dosa . malah mereka menjadi mangsa dosa orang lain .

apa hak kita untuk meminggirkan mereka ?

semata2 kerana mereka AIDS yang sama sekali takkan menjangkiti kita ?

kita manusia . mereka pun manusia .

yang membezakan hanya iman dan takwa .

kita dianugerahi ALLAH kesihatan . bersyukurlah :)

seharusnya mentaliti masyarakat ni MESTI diubah .

mereka berhak mendapat apa yang kita dapat .

kerana mereka manusia . kita juga manusia .

so , ubah pemikiran anda okey ? :)







kadang-kala mereka itu lebih mulia dari kita . berhakkah kita menghakimi mereka ?


Wednesday, June 15, 2011

rahsia kejayaan sejarah saya

assalamualaikum .

alhamdulillah dengan izin dan kurniaNya ,

dapat saya memperolehi markah terbaek dalam sejarah xP .

"apa rahsianya ?" nadia natasya tanya .

rahsianya ialah ..

p/s : jangan beritahu sesiapa , shhhhh ! nama pun rahsia xP

*

sehari sebelum pekse sejarah .

tapi aku lebih fokus pada KH yang pekse nye pun keesokannya juga .

aku cuma baca sejarah form 3 . form 1 dgn form 2 tak ulangkaji langsung .

aku cuak KH sebenarnya . almaklumlah hari tu nyaris dapat C .

okey , sudah 5 petang . khamis 12 mei 2011 .

tiba2 ayah aku balek awal pula time tu .

aku : ehh , awalnya abah balik hari ni !

abah : abah dari luar . sebab tu awal balek .

aku : dah solat ?

abah : belum .

15 minit kemudian lepas ayah aku solat .

abah : syakira , bentang tilam !

ayah aku memang suka bentang tilam depan TV , hari2 dia tido depan TV xP

setelah bentang tilam ..

aku : abah , nak minta tolong boleh ?

abah : tolong apa ?

aku : citerlah pasal sejarah . start dari macamana british boleh jajah negara kita .

kejam kan aku ? ayah baru balik keje penat2 terus minta buat kerja lagi xP

abah : blablablablabla ..

aku tengoklah buku . then aku pulaa yang bercerita . aku start dari form 2 punya silibus . dari pengambilan pulau pinang tu . aku baca je apa yang ada dalam buku rujukan tu depan ayah aku . ayah aku menadah telinga dengar jela .

sejam kemudian ..

aku : dah habis bab sarawak . sekarang kita masuk bab sabah pulaa .

tengok2 ayah aku dah zzzzzzzzzzzzzz ..

tapi aku teruskan juga baca pasal sabah depan dia . kira bedtime story la tu . aku baca pakai suara tau , okey . then tekak kering , minum air kejap , sambung balik pasal bab 7 .

aku skip bab 6 . tak penting manapun bab tu . aku habiskan bab 7 .

tengok2 da pukul 7 malam . mak aku suruh kejut ayah aku . makan malam .

dalam aty aku masih cuak . form 1 tak baca satu haprak pun lagi . dah la malam tu tusyen .

aku pun pegi tusyen malam tu dengan hati yang gundah gulana .

balek tusyen , naseb baek ayah aku tak tido lagi .

aku ingat nak sambung form 1 yang pasal melaka dgn johor .

tapi seganlah pulaa tengok ayah aku dah tepuk2 bantal .

aku cakapla dengan ayah aku , nak sambung pasal form 1 .

ayah aku suruh cerita je . aku pun baca la apa yang ada kat buku rujukan tu .

habes 3 bab . kul 11.20 camtu . ayah aku pun dah tido . aku pun tidola .

esoknya , time nak bersiap pergi sekolah . ayah aku kata camni ,

"pagi tadi terbangun , rasa macam syakira baca sejarah tadi . tengok2 dah pagi ."

haha ! ayah aku sampai dah rasa auranya . entah2 ayah aku mimpi parameswara xP .

so aku pun pegi sekolah n' juz fikir nak study bab form 1 yang laen .

then , masa berlalu . sampailah time sejarah .

aku maen pakai jawab ikut suka hati aku je . rasa macam senang gile . tak tahu kenapa .

habes je sejarah , aku cakap dengan ayah aku . sejarah senang giler .

serius senang . aku tak pernah rasa senang sesenang ini tahu ?

okeyy . now ayah aku kat kota bharu . but aku bagitahu jugak result aku .

short message service ada kan . haha xP

"abah , saya dapat 98 sej . salah 1 soalan je ."

ayah aku then balas , "alhamdulilah"

aku sujud syukur atas kurniaan ini . and i'm very thankful to my dad .

kalau dia tak sudi dengar bacaan sejarah aku , mesti aku takkan ulangkaji sejarah setekun tu .

terima kasih , abah . syakira sayang abah . sangat2 .

bukan sekadar kerana membantu saya dalam sejarah .

tapi atas segala yang diberikan semenjak kali pertama saya memanggil abah dengan panggilan 'abah' .

dan saya nak ucap kat abah ,


*

okey . sudah baca ? sudah tahu ? sudah faham ?

kalau korang nak praktis jadi babysitter ayah korang semata2 untuk dapat markah tinggi sejarah macam aku pun boleh jugaa . haha ! xP

aku taklah menghadap buku berjam-jam sampai tido lewat .

(dan aku pun jenis yang tak suka tido lewat)

tapi entah dari mana aku dapat idea gile tu pun tak tahu .

tapi alhamdulillah dapat menghasilkan markah yang gile-gile .

korang mesti ada cara korang sendiri . cari cara yang sesuai :)

kalau aku , aku 'buli' je ayah aku tu . haha ! xP *jangan tiru aksi ini

okeylah . sekadar itu sahaja . ohh , jangan lupa , hari bapa tak lama lagi . 20 jun tak silap .

dan soalan yang aku salah ialah soalan 36 .

pasal 'kawasan kesemakmuran bersama asia timur raya' .

mula2 nak buat B dah . tapi dia tanya maksud tersirat . so aku tanda D .

tapi B jawapannya . redha jela ehh . haha ! xP






terima kasih ayah <3


Monday, June 13, 2011

kembali ke sekolah !

assalamualaikum .

jom kembali ke sekolah ! :)

okey . dah 2 minggu cuti tapi kerja sekolah masih tak siap-siap lagi.

takpe . hari ni dah 90% siap .

okey . berat untuk mengaku . tetapi result exam saya meningkat tapi rasa menurun .

macam mana tu ya ? hehe xP

apa-apa sahajalah . belajar dari pengalaman .

pengalaman ialah guru yang terbaik . jatuh dalam lubang yang sama ialah satu kebodohan .

opss , saya ambil ayat di atas ni di kelas 3 KRK 1 xP

okey . saya sebenarnya tak suka borak-borak pasal result ni .

hari ni saya seronok giler . dapat jumpa balek semua orang setelah 2 minggu tak bertemu .

bosan owh . makan tido solat online tengok tv . rutin yang sama .

okey . cukuplah untuk hari ni . sekadar mengelap habuk macam mengelap habuk di meja pagi tadi xP





azam baru untuk PMR ! ganbate aina ! xP


Monday, June 6, 2011

khabar cik amin azhar kita

assalamualaikum .

yes . saya ingat . masih ingat .

waktu kita kawan baek dulu , kita ada cakap tentang sesuatu .

minat kita .

minat terhadap benda yang sama . penulisan .

eishh , geli tak dengar ayat aku ? haha !

aku ada cuba juga menulis .

salah satunya bentuk cerpen peribahasa . dalam exam BM 2 hari tu . xP

naseb baek cikgu norlela okey je . haihh . alhamdulillah .

sekarang , working on novel . tapi benda tu simpan dulu . PMR diutamakan xD .

tapi kawan baek aku yang aku maksudkan kat atas tu dah advanced !

minatnya terhadap penulisan yang mendalam serta pengkajiannya dalam novel2 kak Ain Maisarah ,

mendorongnya untuk menulis 3 buah novel bersama beliau .

berikutan dengan post kak Ain di sini ---> click here !

okay , untuk melihat penyertaan kawan baek aku tu iaitu Amin bin Azhar ,

boleh tengok di laman facebook AinMaisarah Novelis .


tapi aku tengok ada 2 je kat situ . pape jelah ehh .

2 novel yang inshaALLAH akan diterbitkan ialah :


Aku Mahu Dia ---> click here !

kisah Dhiyana yang jatuh hati kepada Farid Kamal , kapten rumah Kuning Sekolah Seri Bangsar . dia berusaha mendekati Farid yang persis Farid Kamil wajahnya , tetapi usahanya belum menampakkan hasil . tidak cukup dengan itu , muncul pula saingannya iaitu Syakira (nak jugak taruk nama aku . haihh ! xD) . berjayakah Dhiyana memenangi hati Farid Kamal ?


Aku Mahu Perhatian ---> click here !

Fasha yang terkenal sebagai ketua The Wannababes Sekolah Sri Bangsar , terkenal dengan perangai diva nya , terkenal dengan kecantikannya , rupa-rupanya menyimpan kisahnya sendiri tentang keluarganya . hanya rakan-rakan terdekatnya mengetahui tentang kisah keluarga Fasha . bapanya sibuk menghabiskan masanya dengan perempuan lain manakala ibunya pula sibuk dengan temujanji di luar . hanya rakan-rakan terdekat Fasha yang memahami . namun hakikatnya Fasha memerlukan kasih sayang ibu bapanya . tabahkah Fasha mengharungi semua ini ?

lagi satu , Aku Mahu Sci-Fi , tapi tak tahulah kenapa tak ada dalam album tu .

okay , nak kenal kawan baek saya tu ? ini kami ! :)


gambar kelas sahajer . yang kaki panjang cermin mata tu , dia lah . yang buat tanduk di belakang dia tu , saya . HAHA !

nanti kau terbit novel , kau bagi aku free tau . tak nak , aku tak baca ! xD





semoga sinopsis anda memenangi pertandingan itu , amin ! :) i'll always pray for you .


Sunday, June 5, 2011

cuti yang membosankan

assalamualaikum .

"cuti korang wat apa ?"

aku cadang , korang boleh pilih jawapan di bawah .

1) on FB memanjang (takpun blogging macam aku ni xP)

2) balek kampung (kecik , ni hobi kau kan ?)

3) duduk rumah tengok TV

4) panjat bukit broga

5) pergi melencong melancong ke tempat2 menarik

6) menjelajah kenduri kahwin (ni mesti yang paling popular)

7) siapkan kerja cuti terancang (aku baru siap sains xP)

8) bincang jawapan sejarah (khas untuk budak2 3 krk 1 , 3 krk 2 dgn 3 kaa sahaje !)

9) dan laen2 ____________________ (nyatakan)

perghh , macam borang soal selidik sajer . haha ! xP

apapun , jaga diri baek2 ye semua . apapun kerja yang korang buat , safety first okay .

cuti tinggal lagi seminggu . enjoy okay ! :)

*


1) baca buku


membaca jambatan ilmu tahu ? sebab tu aku suka membaca .

tak kiralah baca apa . terpulang . komik , novel , majalah , surat khabar , dengan buku sekolah pun aku layan ! asalkan baca .

kadang-kadang kita asyik melekat je dgn buku tu . sampai tak sedar masa berlalu .

baguslah tu . masa tak terbuang , ilmu pun bertambah . hehe ! :)

2) belajar memasak


heyy perempuan ! bangun okey !

belajar memasak . bukan semata-mata nak kawin saja . tapi tolong mak juga yang asyek bersusah-payah masak untuk kita . kali ni , biar kita masak untuk dia pula .

bagus . boleh balas jasa kan . hehe ! xP

3) bermain ?


aku tahu , korang punya permainan seperti kad2 uno , maid , daun terup dan segala mak nenek kad serta chess dan dam mesti dah berhabuk dalam almari kan ?

aku pun pelajar okey . sebok dengan folio + study . congkak kat rmah aku pun dah jadi rumah labah-labah xD .

so , keluarkanlah segala harta karun anda tu dan maen lah okey ? ajak lah mak ayah atuk nenek kakak abang kawan jiran semua maen sama2 .

takpun petang2 maen la bola ke , badminton ke :)

4) tumpahkan bakat anda


maksudnya ?

hehe . setiap orang ada bakat kan . contohnya aku . aku suka menulis .

entah berapa cerpen boleh aku tulis cuti ni . tapi masalahnya aku malas . haha !

abaikan . tu aku punya pasal xP .

contohnya korang ada bakat macam melukis ke , fotographing ke , photo-editing ke , apa2 jela bakat yang korang ada .

cuti ni la masa untuk korang asah bakat korang jadi tajam . lepas cuti ? jangan haraplah . kerja rumah dah menggunung . so inilah masanya .

*

saya rindu semua !

terutama my besties : nur emy helwina , farah hafizatul , nur najiah dan nurul ainaa .

budak pendengar setia : nurul aina dan atikah .

lepas cuti , tengoklah . aku akan lepaskan rindu kat korang ! HAHA !

err , you . yes , you .

dah 5 hari kau tak on . balek kampung kot . semoga cuti kau baek je .

yes , cuti . time cuti ini , membuatkan aku ingat semua tentang kau .

sebab tahun lepas pada cuti ini jugak , kita bergelak kongsi cerita .

sekarang ? in my dreams pun ia takkan berlaku lagi .

hope you happy always :)





holiday oh holiday , cepatlah kau berlalu !



.Hasil Kerja Tangan Aina Syakira.