hye dudes and babes . i'm aina and this is my diary , i can write whatever i want okie ? dun forget to leave your comment or shout here ! thankx for visiting my online world , enjoy reading okie ? ^_^

Wednesday, June 15, 2011

rahsia kejayaan sejarah saya

assalamualaikum .

alhamdulillah dengan izin dan kurniaNya ,

dapat saya memperolehi markah terbaek dalam sejarah xP .

"apa rahsianya ?" nadia natasya tanya .

rahsianya ialah ..

p/s : jangan beritahu sesiapa , shhhhh ! nama pun rahsia xP

*

sehari sebelum pekse sejarah .

tapi aku lebih fokus pada KH yang pekse nye pun keesokannya juga .

aku cuma baca sejarah form 3 . form 1 dgn form 2 tak ulangkaji langsung .

aku cuak KH sebenarnya . almaklumlah hari tu nyaris dapat C .

okey , sudah 5 petang . khamis 12 mei 2011 .

tiba2 ayah aku balek awal pula time tu .

aku : ehh , awalnya abah balik hari ni !

abah : abah dari luar . sebab tu awal balek .

aku : dah solat ?

abah : belum .

15 minit kemudian lepas ayah aku solat .

abah : syakira , bentang tilam !

ayah aku memang suka bentang tilam depan TV , hari2 dia tido depan TV xP

setelah bentang tilam ..

aku : abah , nak minta tolong boleh ?

abah : tolong apa ?

aku : citerlah pasal sejarah . start dari macamana british boleh jajah negara kita .

kejam kan aku ? ayah baru balik keje penat2 terus minta buat kerja lagi xP

abah : blablablablabla ..

aku tengoklah buku . then aku pulaa yang bercerita . aku start dari form 2 punya silibus . dari pengambilan pulau pinang tu . aku baca je apa yang ada dalam buku rujukan tu depan ayah aku . ayah aku menadah telinga dengar jela .

sejam kemudian ..

aku : dah habis bab sarawak . sekarang kita masuk bab sabah pulaa .

tengok2 ayah aku dah zzzzzzzzzzzzzz ..

tapi aku teruskan juga baca pasal sabah depan dia . kira bedtime story la tu . aku baca pakai suara tau , okey . then tekak kering , minum air kejap , sambung balik pasal bab 7 .

aku skip bab 6 . tak penting manapun bab tu . aku habiskan bab 7 .

tengok2 da pukul 7 malam . mak aku suruh kejut ayah aku . makan malam .

dalam aty aku masih cuak . form 1 tak baca satu haprak pun lagi . dah la malam tu tusyen .

aku pun pegi tusyen malam tu dengan hati yang gundah gulana .

balek tusyen , naseb baek ayah aku tak tido lagi .

aku ingat nak sambung form 1 yang pasal melaka dgn johor .

tapi seganlah pulaa tengok ayah aku dah tepuk2 bantal .

aku cakapla dengan ayah aku , nak sambung pasal form 1 .

ayah aku suruh cerita je . aku pun baca la apa yang ada kat buku rujukan tu .

habes 3 bab . kul 11.20 camtu . ayah aku pun dah tido . aku pun tidola .

esoknya , time nak bersiap pergi sekolah . ayah aku kata camni ,

"pagi tadi terbangun , rasa macam syakira baca sejarah tadi . tengok2 dah pagi ."

haha ! ayah aku sampai dah rasa auranya . entah2 ayah aku mimpi parameswara xP .

so aku pun pegi sekolah n' juz fikir nak study bab form 1 yang laen .

then , masa berlalu . sampailah time sejarah .

aku maen pakai jawab ikut suka hati aku je . rasa macam senang gile . tak tahu kenapa .

habes je sejarah , aku cakap dengan ayah aku . sejarah senang giler .

serius senang . aku tak pernah rasa senang sesenang ini tahu ?

okeyy . now ayah aku kat kota bharu . but aku bagitahu jugak result aku .

short message service ada kan . haha xP

"abah , saya dapat 98 sej . salah 1 soalan je ."

ayah aku then balas , "alhamdulilah"

aku sujud syukur atas kurniaan ini . and i'm very thankful to my dad .

kalau dia tak sudi dengar bacaan sejarah aku , mesti aku takkan ulangkaji sejarah setekun tu .

terima kasih , abah . syakira sayang abah . sangat2 .

bukan sekadar kerana membantu saya dalam sejarah .

tapi atas segala yang diberikan semenjak kali pertama saya memanggil abah dengan panggilan 'abah' .

dan saya nak ucap kat abah ,


*

okey . sudah baca ? sudah tahu ? sudah faham ?

kalau korang nak praktis jadi babysitter ayah korang semata2 untuk dapat markah tinggi sejarah macam aku pun boleh jugaa . haha ! xP

aku taklah menghadap buku berjam-jam sampai tido lewat .

(dan aku pun jenis yang tak suka tido lewat)

tapi entah dari mana aku dapat idea gile tu pun tak tahu .

tapi alhamdulillah dapat menghasilkan markah yang gile-gile .

korang mesti ada cara korang sendiri . cari cara yang sesuai :)

kalau aku , aku 'buli' je ayah aku tu . haha ! xP *jangan tiru aksi ini

okeylah . sekadar itu sahaja . ohh , jangan lupa , hari bapa tak lama lagi . 20 jun tak silap .

dan soalan yang aku salah ialah soalan 36 .

pasal 'kawasan kesemakmuran bersama asia timur raya' .

mula2 nak buat B dah . tapi dia tanya maksud tersirat . so aku tanda D .

tapi B jawapannya . redha jela ehh . haha ! xP






terima kasih ayah <3


2 comments:

nurin :D said...

time pekse sejarah , aku nak camping kat rumah kau lah . hehe :D

Aina Syakira said...

jangan lupa bawa bekalan makanan yang melebihi cukup xP


.Hasil Kerja Tangan Aina Syakira.